Saturday, 19 March 2011

Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.. Percayalah Qada' dan Qadar Allah..=)

























Pasti ramai yang tahu apa itu qada' dan qadar Allah.
Qada' bererti ketentuan Allah dan Qadar bererti pelaksanaan kepada qada' tersebut.
Rela terhadap ketentuan, kehendak dan kekuasaan Allah adalah WAJIB hukumnya.
Dalam sebuah hadis qudsi dijelaskan bahawa Allah berfirman:

"Barangsiapa yang tidak meredhai qadha-Ku dan tidak bersabar atas bencana yang Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan selain dari pada-Ku" (HR Thabrani)
 
Sememangnya perit untuk kita mengharungi pelbagai cabaran di dunia yang fana ini. Namun ingatlah sebenarnya kita sedang diuji oleh Allah SWT. Wahai sahabat2 ku ingatlah bahawa dunia ini adalah jambatan ke akhirat. Kita hendaklah redha dengan  setiap ujian Allah kerana adalah sangat penting agar dapat mengajar diri kita supaya menjadi seorang yang penyabar. Saya yakin tidak mungkin Allah menjadikan sesuatu itu berlaku ke atas diri kita tanpa ada sebabnya. Kita hendaklah yakin bahawa pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku dalam hidup kita di dunia yang sementara ini.
wahai sahabatku...
Saya tahu kehidupan kita sebagai seorang pelajar atau mahasiswa di Universiti ini mempunyai banyak cabaran dan dugaan yang harus kita tempuhi ketika kita di tempat belajar. Pelbagai dugaan yang telah saya alami termasuklah dengan pelajaran, hubungan dengan rakan-rakan dan diuji pula oleh Allah dengan fitrah iaitu rasa suka atau jatuh cinta pada seseorang. Apabila keadaan ini terjadi, kita haruslah bijak memilih jalan yang betul supaya kita tahu menjaga adat dan batasan agama dalam bercinta..
Jika ditakdirkan kita ditimpa musibah, tidak perlulah kita saling menyalahkan dan menyebut 'kalaulah' kerana ianya akan membuka pintu kepada syaitan untuk menghasut kita. Seharusnya kita wajib redha dengan apa yang berlaku kerana yakin pasti ada hikmah di sebaliknya...ingatlah setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang direncanakan oleh Allah SWT untuk kita... InsyaAllah
"Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak Diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta  (dalam keimanannya)" (Surah Al-Ankabut: 2-3)"






No comments:

Post a Comment