Salah satu keindahan dalam kehidupan ini adalah percintaan. Alangkah manisnya hidup bila dihiasi dengan bunga cinta yang indah mewangi.. Terasa terawang-awangan di langit ketujuh. Setiap saat detik berlalu asyik terkenangkan si dia. Apa sahaja yang si dia lakukan pastinya menyenangkan.
Tapi jangan ingat panas kan sampai ke petang dan jangan ingat air yang tenang tiada buaya. Begitulah jugak dengan sesebuah percintaan. Bukanlah setiap masa percintaan itu manis seperti madu kerana kadangkala percintaan itu lebih pahit dari hempedu. Tak semua percintaan akan sampai ke jinjang pelamin, banyak yang tewas di persimpangan jalan. si dia yang suatu masa dahulu pernah menjadi pujaan hati, hari ini menjadi seorang musuh ketat... Benar kata orang mudah sebuah perhubungan persahabatan menjadi cinta tetapi sebuah percintaan yang musnah tidak akan lagi menemui persahabatan seperti sebelum bercinta.. Kenapa?
Sedangkan...
Cinta itu tak semestinya akan bersatu, walaubagaimanapun sebagai tanda cinta itu benar-benar sejati, maka kita haruslah buat yang terbaik dalam percintaan sebagai membuktikan bahawa kita benar-benar menyintainya. Cinta yang sejati tidak akan menuntut kita ke jalan yang salah dan membawa kepada kemusnahan hidup….

Kadang-kadang kita menyukainya. Terkadang terlalu menyukainya. Hampir-hampir mencintainya. Bahkan sudahpun mencintainya, tanpa disedari. Namun menyukai bukan semestinya mencintai. Jika sudah terlanjur mencintai, cintailah seikhlasnya. Terimalah seadanya. Mencintai bukan semestinya memiliki. Pengorbanan yang paling besar ialah membahagiakan yang dicintai.. Walaupun tak berupaya memilikinya.
No comments:
Post a Comment