ingtlah bahawa Cinta umpama bunga di taman yang sedang mekar, hiasilah, jagalah taman kamu untuk kelihatan cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak berbuat demikian, layulah bunga di taman dan rosaklah cinta yang sejati. Kita tidak pernah tahu bila kita akan jatuh cinta namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan si dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Terdapat pelbagai cara yang boleh dipraktikkan dalam cinta...Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya......
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. btul kan D??..=) Ini semua lumrah cinta..kita harus menerima dgn hati yang lebih terbuka... tetapi harus ingat kepada pasangan yang bercinta jgn terlalu cmburu buta..kerana ini pasti membawa padah dalam hubungan yabg suci... saling percaya mempercayai pasangan anda,, insyaAllah..cinta kita akan kekal ke Syurga.. amin=) selamat bercinta dan mestilah niat yang ikhlas kerana Allah... man jada wa jada..
No comments:
Post a Comment