Tuesday 22 March 2011

LuAhAn Hatiku UntuK sAHAbAt...

 Assalamualaikum kwn2 semua.. hari ni saya nk kongsi sedikit mengenai kata hati saya tentang SAHABAT.. semua orang memiliki SAHABAT tetapi untuk memiliki sebenar -benar SAHABAT adalah sukar dan SAHABAT sejati ibarat mutiara dalam hidup kita..
marilah sama2 kita hayati apa itu sebenarnya SAHABAT..




Dalam konteks kehidupan kita khususnya dalam persahabatan, adakalanya pertengkaran kecil pasti berlaku. Inilah yang mengeratkan lagi ikatan antara sahabat dan lebih mengenali diri masing-masing. Sekalipun ada hati yang terguris, lantaran kasih sayang yang wujud dalam diri berjaya menangkis segalanya. Kita akan memaafkan kesalahan sahabat kerana kasih dan sayang akan sahabat kita. Ibarat manusia apabila salah satu anggota tubuh  itu sakit, pasti anggota lain pasti terasa juga tempiasnya. Jangan gadaikan sebuah persahabatan dek satu kesilapan yang dilakukan oleh sahabat kita. Tidak ada manusia yang sempurna di dalam dunia. Oleh itu, hendaklah kita menerima sahabat seadanya dan saling melengkapi antara kita....





Sahabat merupakan anugerah istimewa daripada Allah SWT.. oleh itu kita perlu menghargai kehadiran SAHABAT dalam hidup kita..
Kita perlu mengambil masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita,
Kerana dia Juga Seorang manusia biasa yang mempunyai perasaaan takut,
 bimbang ,sedih dan Kecewa... kadang2 kita perlu ingat bahawa SAHABAT kita juga mempunyai Kelemahan Dan
  memerlukan kita Sebagai sumber KekuaTan.
Mungkin kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin dia tidak setabah yang kita sangka kerana ketika satu pintu kebahagiaan tertutup  dia cuba untuk membuka pintu kebahagiaan yang lain bagi menyembunyikan perasaan sebenar dalam dirinya...
tetapi seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita...
SAHABAT sejati adalah mereka yang sanggup berada disisi kita disaat kita memerlukan sokongan
walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.
Amat mudah untuk kita memadamkan api yang sedang marak,
tetapi amat sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.
Keikhlasan SAHABAT adalah umpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap.. keikhlasan itu memang wujud tetapi kita amat sukar untuk melihat sebuah keikhlasan dalam PERSAHABATAN...



""fReN... is A tisSue wHen yOu cAn't sTop cRying fReN...
iS A shOuldEr whEn yoU feEl likE dYing fReN...
iS alWays liSteNs wHen yOu hAve soMethiNg tO sAy fReN...
iS A weEk whEn yoU neEd a dAe fReN...
iS a cRutCh wHen yOu haVe A brOkenHeart fReN...
iS sOme glUe whEn evErythiNg faLl aParT fReN...
iS A sUn wHen thE rAin jUst wOn'T sTop fReN...
iS yOur mOm whEn yoU ruN inTo A coP fReN...
iS A pHone caLl wHen yOu cAn'T lEave yoUr hOme fReN...
iS A haNd whEn yoU feEl aLl aLonE fReN...
iS a WinG iF yOu wAnt tO fLy fReN...
iS uNdeRstaNd wiThoUt kNowinG wHy fReN...
iS An eaR fOr a sEcreT tO teLl fReN...
iS aN aSpiriN wHen yoUr hEad huRts liKe heLl fReN...
iS a lOve tHat cAn nEver leT gO fReN...
iS yOu N i wAnteD yoU tO kNow.....


Sahabat sejati adalah sahabat yang tidak melihat kita  dengan matanya
tapi dengan hatinya ...percayalah sahabatku bahawa ku  terlalu  menghargaimu dalam hidupku...lebih dari nyawa dan segala yang saya ada pada hari ini..


sahabatku....hadirku utk berkongsi tawa..
dan menyapu tiap juraian air matamu ketika kamu tgh bersedih...
sahabatku.. saya juga sudi dan sedia mendengar hatimu ketika kamu menangis dan bersedih..
kerana bagi ku  tali persahabatan itu adalah  lebih kukuh dari hubungan cinta yg tidak pasti...
jika kamu mempunyai masalah dalam jua perkara...carilah ku sebagai peneman kesedihanmu...
sahabatku.. akan ku cuba untuk membuat kamu tersenyum dan gembira biarpun hati ku ini terluka.. bagiku adalah penting melihat SAHABAT ku ketawa dan gembira..  
percayalah...
sahabatku...kasih dan sayangku untuk mu sahabatku adalah ikhlas dan bukannya mainan atau sandiwara semata- mata..



SAHABATKU... saya  juga mengharapkan agar kamu sentiasa bajai persahabatan ini dengan ingatan di hati.....
walau saya pernah melukai atau menyakiti hati awak samaada  saya sedari atau tidak.. percayalah bukan niat saya untuk menyakiti hati SAHABATKU  kerana saya terlalu menyayangi sahabat saya lebih dari diri saya sendiri. ...
SAHABAt yang baik akan sentiasa berada di sisi pada saat kita memerlukannya.
Setiap insan memerlukan seorang teman,
hidup secara berkelompok atau memerlukan pasangan hidup untuk berkongsi kegembiraan mahupun kedukaan. Sebuah persahabatan yang bahagia memerlukan jalinan perasaan yang luhur, tulus dan sejati.
BAGIKU....
Sikap egois sememangnya tidak perlu wujud dalam konteks persahabatan kerana
ia akan menghancurkan persahabatan itu sendiri.
Sebaliknya, ia diganti dengan sikap saling memahami dan percaya-mempercayai antara satu sama lain. Persahabatan yang terjalin dengan tulus dan ikhlas ternyata menjadi kunci terbaik dalam mengekalkan sesebuah ikatan persahabatan.
Walau Di Mana Anda Berada..
IngatLaH selalu Bahawa Di Satu Sudut Dunia Ini
AdaNya Seorang Insan Yang Sentiasa Gembira Jika shabatnya Gembira.
Dan ada Insan Yang Sentiasa Menangis KeTika SAHABATNya Berduka. Percayalah...


Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" ( Saidina Ali)


SAHABAT UMPAMA BELON,
BILA DI LEPASKAN IA AKAN PERGI,TIDAK MUNGKIN DPT MEMBAWANYA KEMBALI.
DARI ITU IKATAN  TALI PERSAHABATAN DALAM HATI SANUBARI MESTILAH IKHLAS
DAN  DALAM PERSAHABATAN JUGA HARUS ADA TOLAK ANSUR ,MENGALAH TDAK BERTI KALAH,
HINDARKAN SIFAT KEGOAAN DARI HILANG SATU PERSAHABATAN YG SMEMANGNYA SUKAR DIDATANGI DAN DIMILIKI...


SAHABAT yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.
Oleh itu apabila kamu berdo’a janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleH..


SAHABATKU...Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkan aku dengan amaran Allah swt...Jika Aku bersedih tanpa kata,
Pujuklah akudengan tarbiyah pencipta...
Jika aku lemah tak berdaya,Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga...
Jika antara kita ada tembok pemisah,Ajaklah aku meleraikannya segera....
Dan... Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku.....

Luahkanlah agar aku dapat mengubah diriku..Ukhuwah kita untuk SELAMANYEE.... sekali kita berkawan selamanya tetap kawan.. LOVE U ALL MY FRENZ FOREVER N EVER.. INSYAALLAH..

3 comments:

  1. umi tq syg..huhu...zura syg umi n qila...frend forever

    ReplyDelete
  2. wahh pndainyer orang kg kami menyusun kata kata..salam kenal dari kami..kami da follow back.terima kasiihhh!!!!

    ReplyDelete