Saturday 19 March 2011

ciNtA TidaK sEmEsTinYA meMiLiKi

Salah satu keindahan dalam kehidupan ini adalah percintaan. Alangkah manisnya hidup bila dihiasi dengan bunga cinta yang indah mewangi.. Terasa terawang-awangan di langit ketujuh. Setiap saat detik berlalu asyik terkenangkan si dia. Apa sahaja yang si dia lakukan pastinya menyenangkan.
Tapi jangan ingat panas kan sampai ke petang dan jangan ingat air yang tenang tiada buaya. Begitulah jugak dengan sesebuah percintaan. Bukanlah setiap masa percintaan itu manis seperti madu kerana kadangkala percintaan itu lebih pahit dari hempedu. Tak semua percintaan akan sampai ke jinjang pelamin, banyak yang tewas di persimpangan jalan. si dia yang suatu masa dahulu pernah menjadi pujaan hati, hari ini menjadi seorang musuh ketat... Benar kata orang mudah sebuah perhubungan persahabatan menjadi cinta tetapi sebuah percintaan yang musnah tidak akan lagi menemui persahabatan seperti sebelum bercinta.. Kenapa? 

Sedangkan...
Cinta itu tak semestinya akan bersatu, walaubagaimanapun sebagai tanda cinta itu benar-benar sejati, maka kita haruslah  buat yang terbaik dalam percintaan  sebagai membuktikan bahawa kita  benar-benar menyintainya. Cinta yang sejati tidak akan menuntut kita ke jalan yang salah dan membawa kepada kemusnahan hidup….

Kadang-kadang kita menyukainya. Terkadang terlalu menyukainya. Hampir-hampir mencintainya. Bahkan sudahpun mencintainya, tanpa disedari. Namun menyukai bukan semestinya mencintai. Jika sudah terlanjur mencintai, cintailah seikhlasnya. Terimalah seadanya. Mencintai bukan semestinya memiliki. Pengorbanan yang paling besar ialah membahagiakan yang dicintai.. Walaupun tak berupaya memilikinya.


apa yang kita impikan tidak semestinya semanis segunung harapan

Tidak dinafikan kegembiraan dan kepuasan hati seseorang ialah apabila berjaya memiliki apa yang disukai, apa yang dicintai dan diidamkan selama ini. Setelah puas berkorban, berusaha sedaya upaya, apakah lagi yang paling membahagiakan selain memiliki apa yang didambakan? Namun terkadang apa yang kita miliki bukanlah kekal milik kita. Jika kita menganggap sedemikian, seringkali kita cenderung untuk menaklukinya. Memiliki bukan semestinya menakluki...
Janganlah kita menyimpan perasaan dendam atau tidak puas hati atas apa yang tidak dimiliki.. percayalah mungkin ada hikmah disebalik seribu duka.. kita hanya mampu merancang dalam semua perkara tetapi yang menentukan adalah Allah SWT kerana DIA lebih berhak keatas kita..



 

No comments:

Post a Comment